Saturday, 9 July 2011

Kes buli di sekolah

Kes buli: JPNT perlu lebih agresif
30/05/2011 7:05pm
KUALA TERENGGANU – Polis meminta Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) mengambil tindakan yang lebih agresif bagi membendung kejadian seperti gaduh pukul dan buli terus berlaku di kawasan sekolah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sebanyak 10 kes jenayah salah laku melibatkan pelajar telah dicatatkan.
“Walaupun tidak banyak kes ini dilaporkan namun pihak polis tetap memandang serius masalah ini dan berharap pihak JPNT dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Kita sentiasa memantau perkara ini melalui pegawai perhubungan sekolah selain mengadakan program-program seperti Kelab Pencegahan Jenayah dan pasukan Kadet Polis bagi menggelakkan berlakunya kejadian jenayah melibatkan pelajar,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment