Sunday, 10 July 2011

MENABUNG UNTUK MASA DEPAN

    Menabung bermaksud menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh. Biasanya jumlah yang dicadangkan ialah 30 peratus daripada jumlah pendapatan. Tabiat ini bertujuan menggalakkan simpanan untuk masa depan mengurangkan sikap suka berhutang dan serta memupuk sikap berjimat cermat di kalangan para pengguna. Walau banyak mana pun wang yang diperoleh jika kita tidak merancang kewangan dengan betul, segala wang yang di peroleh akan 'hilang' begitu sahaja. Amat penting untuk kita merancang perbelanjaan harian dan bulanan dan yang paling penting ialah pastikan setiap bulan kita ada menabung wang di dalam akaun simpanan sebagai jaminan masa depan selain untuk kegunaan saat-saat yang tidak diduga.

Terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu perlu menabung antaranya ialah:
 • Persediaan ketika memerlukan atau sesuatu perbelanjaan di luar jangkaan. Misalnya untuk keperluan kesihatan, kecemasan dan sesuatu yang tidak dijangka.
 • Simpanan hari tua atau apabila bersara. Untuk tujuan itu sejumlah wang yang mencukupi diperlukan untuk meneruskan kehidupan dan menyara perbelanjaan keluarga.
•  Tujuan pelaburan atau memulakan perniagaan. Wang tabungan mungkin boleh disimpan di bank, dilaburkan dalam unit saham amanah, pembelian hartanah atau dijadikan modal permulaan untuk menjadi seorang usahawan.
• Keperluan pendidikan anak-anak, melancong, hiburan dan lain-lain.

   Sekiranya menyimpan wang di bank, sama ada dalam akaun simpanan dan akaun simpanan tetap, kebiasaannya pulangan adalah di antara 2 peratus hingga 3 peratus. Paling tinggi yang boleh diperoleh ialah 4 peratus. Pulangannya adalah rendah jika dibandingkan dengan pelaburan yang lain. Sekali imbaspulangan yang didapati hanya mampu melindungi wang daripada inflasi yang biasanya dalam lingkungan 2 peratus hingga 4 peratus.

Budi Bahasa Budaya Kita

video

Saturday, 9 July 2011

Kursus MBM KDP 4 Minggu

 












Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(03 - 28 Julai 2011)

Kes buli di sekolah

Kes buli: JPNT perlu lebih agresif
30/05/2011 7:05pm
KUALA TERENGGANU – Polis meminta Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) mengambil tindakan yang lebih agresif bagi membendung kejadian seperti gaduh pukul dan buli terus berlaku di kawasan sekolah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sebanyak 10 kes jenayah salah laku melibatkan pelajar telah dicatatkan.
“Walaupun tidak banyak kes ini dilaporkan namun pihak polis tetap memandang serius masalah ini dan berharap pihak JPNT dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Kita sentiasa memantau perkara ini melalui pegawai perhubungan sekolah selain mengadakan program-program seperti Kelab Pencegahan Jenayah dan pasukan Kadet Polis bagi menggelakkan berlakunya kejadian jenayah melibatkan pelajar,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. – Bernama